Sunday, 14 December 2014

KAUM BAJAU

Kebiasaanya, apabila disebut suku kaum Bajau, kita akan segera terbayang bahawa sukubangsa peribumi yang mendiami kepulauan Filipina Selatan dan Sabah. Sebenarnya suku kaum Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk awal Nusantara yang menetap dari kepulauan Belau(PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar(Burma) di utara.

Selain itu, terdapat pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor.Ada juga yang mengatakan bahawa Bajau berasal dari kepulauan Riau –Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluki. Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau- Lingga atau Maluku, kawasan- kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang bergerak dari Yunan menuju kearah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500tahun sebelum masehi iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.

Oleh kerana itu, walaupun terdapat banyak pendapat yang mengkaji tetang kedatangan awal kaum Bajau ini, kini suku kaum Bajau telah berkembang dan telah menjadi suku kaum antara yang terpesar populasinya di Sabah.Suku kaum Bajau juga telah dikenali oleh masyarakat luar tentang kebudayaannya, adat yang ada pada suku kaum Bajau selain dari segi struktur masyarakatnya.
SUMBER : http://fendyridzuan.blogspot.com/2013/04/bajau-sabah.html

Kaum Kedayan

  • Kaum Kedayan, adalah salah satu etnik di Sarawak yang mempunyai penempatan asal di Brunei,Sarawak dan Sabah. Bahasa Kedayan digunakan oleh kira2 130,000 org di Brunei, 46,700 di Sabah dan 37,000 org di Sarawak. Dipercayai kaum Kedayan lah yang mula2 mencipta "kelupis" atau kek nasi yang popular di seantero Sarawak. Kebanyakkan daripada kaum ini telah memeluk agama Islam dan banyak dipengaruhi oleh budaya orang Melayu selepas penubuhan Kesultanan Brunei. Kaum Kedayan tertumpu di kawasan Sipitang, Labuan, Beaufort dan Kuala Penyu di Sabah. Lawas, Limbang, Miri dan Sibuti di Sarawak. Kaum Kedayan ini juga mempunyai satu tarian tradisional yang dipanggil alai bubu/tarian bubu yang amat unik diiringi dengan gendang dan gesekan biola serta pantunnya. Adat perkahwinan kaum Kedayan hampir serupa dengan orang Melayu Brunei kecuali di mana si pengantin perempuan dikelilingi oleh lilin dan perhiasan dalam satu bulatan. Mereka yang berkenaan dengan si pengantin akan datang ke depan pengantin dan menandakan dahi beliau dengan serbuk rempah seperti apa yang dilakukan oleh orang Bajau.

KAUM BISAYA

Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai BorneoMalaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort,Sungai PadasSungai KliasPulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagaiMelayu atau Islam oleh suku kaum DusunMurut dan Rungus.
Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupunSultan Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku Visaya di Filipina namun suku kaum Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaituSabah dan Sarawak,Malaysia sahaja. Visaya yang terdapat di Filipina dikatakan berasal dari Borneo dan penghijrahan beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan oleh faktor politik yang tidak menentu.
Pemerintahan di pulau Borneo atau Pulau Peraca ini telah wujud seawal tahun 977 Masihi dan ini memungkinkan berlakunya penindasan yang melampau lalu mendorong kepada penghijrahan bangsa Bisaya ke tempat lain secara kekal. Jika diteliti bahasa Bisaya, mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa Melayu berbanding bahasa suku Visaya di Filipina.

SEJARAH BANGSA BISAYA

Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting).
Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammad Shah, Sultan Brunei yang pertama.

CATATAN SEJARAH TEMPATAN

Peti Berambai iaitu yang sulung menjadi ‘Raja Pulau Jawa’. Si Garampa pula menetap di kawasan Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat Bisaya. Peti Geramba menetap di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di kawasan Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Semaun di Sungai Birau ( Selatan Tutong). Siti Duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan menetap di kawasan Gunung Kinabalu, Sabah.[1]

ASAL USUL PERKATAAN BISAYA

Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan “Mabisa Iya” yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek. Sebutan kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga pada hari ini.
Sementara itu, Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari Empayar Srivijaya (Sonza, 1972). Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Sri Visaya. Derek Headly (1950) menyatakan legenda Bisaya Borneo apabila Sultan Bruneisemasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya.
Semua kenyataan diatas adalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang sebenarnya.

SUMBER : http://www.websabah.net/index.php?/topic/1898-asal-usul-suku-kaum-bisaya-sabah/

ASAL USUL KAUM MELAYU

PENGENALAN ASAL USUL ORANG MELAYU

Dalam buku Sejarah Melayu disebut bahwa Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang mengalir disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja yang datang ke alam Melayu. Mereka adalah asal dari keturunan raja-raja Melayu di Palembang (Singapura, Malaka dan Johor), Minangkabau dan Tanjung Pura.

Sejarah Melayu (Malay Annals) merupakan karya tulis yang paling penting dalam bahasa Melayu yang merupakan sumber yang otentik untuk informasi mengenai ke-Melayu-an. Disusun sekitar tahun 1612 tetapi didasarkan catatan-catatan yang lebih tua. Disebut juga bahwa anggota kerajaan Malaka menyebut diri mereka keturunan Melayu dari daerah Palembang. Seperti keluarga raja-raja di Negeri Sembilan yaitu: Yang Dipertuan Ali Alamsyah yang dianggap keturunan langsung dari Raja Minangkabau terakhir. Pada waktu itu sebutan Melayu merujuk pada keturunan sekelompok kecil orang Sumatera pilihan. Seiring dengan berjalannya waktu definisi Melayu berdasarkan ras ini mulai ditinggalkan.

Definisi Melayu menjadi berdasarkan budaya dan adat, dimana orang Melayu adalah orang yang mempunyai etika, tingkah laku dan adat Melayu. Pada waktu Islam mulai dianut didaerah Sumatera dan Semenanjung Malaka, keyakinan dan ketaatan terhadap agama islam menjadi salah satu ciri khas dari orang Melayu. Pada abad ke-18, William Marsden menyebutkan bahwa dalam percakapan sehari-hari, penyebutan bangsa Melayu adalah sama dengan sebutan bangsa Moor di India dalam artian ketaatannya terhadap agama Islam.

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi.Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.


Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka.Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja. Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakomatau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera. Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan ialah seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

sumber :http://kaummalaysia.blogspot.com/

Monday, 1 December 2014

Kaum Orang Asli

Kaum Orang Asli

Orang Asli merupakan perkataan generik bahasa Melayu yang digunakan secara rasmi di Malaysia bagi merujuk kewujudan orang asal yang menduduki tanahSemenanjung Tanah Melayu sejak azali lagi. Secara rasmi, terdapat sekurang-kurangnya 18 suku dari etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu, mereka dikategorikan kepada tiga (3) kumpulan utama berikutan tutur bicara dan adat istiadat mereka yang berbeza diantara satu sama lain.
  • Semang (atau Negrito), biasanya boleh diketemukan dalam lingkungan hingga ke bahagian utara semenanjung.
  • Senoi, menetap di bahagian tengah semenanjung.
  • Proto-Malay (atau Melayu Asli), menetap di wilayah selatan semenanjung.
Terdapat Muzium Orang Asli yang dibina bagi memberi penerangan dan pengetahuan umum tentang kewujudan dan kebudayaan Orang Asli di Malaysia. Misalnya Muzium Orang Asli Gombak, kira-kira 25 km ke utara Kuala Lumpur. Muzium Orang Asli yang lain juga boleh ditemukan beberapa tempat dalam Malaysia.
Kini di Malaysia, tangungjawab mengurus tanah adat, kemajuan, kebajikan dan hal ehwal Orang Asli diletakkan dibawah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia. Selain itu terdapat usaha bersepadu oleh jabatan kerajaan yang lain untuk mengintegrasi orang asli dan meningkatkan taraf hidup mereka dengan menggalakkan dan membantu mereka mendapat pekerjaan.[2] Usaha ini dilakukan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bersama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia. Pencapaian orang-orang asli turut dipantau bagi memastikan kejayaan program-program seumpamanya. [3] Terdapat juga Persatuan Siswazah Orang Asli Semenanjung Malaysia yang bertujuan bagi membentuk sebuah pertubuhan lepasan institusi pengajian tinggi dikalangan Orang Asli.
Selain itu terdapat juga Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia yang membantu memperjuangkan kepentingan orang-orang asli di Malaysia
                     SUMBER : http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Malaysia

KAUM BIDAYUH

KAUM BIDAYUH
Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian SerianKuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:
  1. Selakau/Lara (Daerah Lundu)
  2. Jagoi/Singai (Daerah Bau)
  3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)
  4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)[1]
  5. Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau)
Mereka kebanyakannya beragama Kristian.
Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.
Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebagainya.
                               SUMBER : http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Bidayuh

kaum melanau

 

MELANAU

Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik di Sarawak. Masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam.Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

KELAHIRAN
Sewaktu Mengandung

Ibu yang mengandung terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.
Si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara. Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si
 suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

Perkahwinan

Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.

Majlis Perkahwinan
Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian' dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin' dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan pada tengah hari. 
Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, diada-kan pula persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur pada waktu siang.Pada sebelah malam, di rumah pengantin perempuan diadakan pula upacara makan nasi temuan. 
ADAT RUMAH TANGGA
Oleh kerana perkahwinan merupakan satu institusi yang penting, terdapat beberapa peraturan dalam kehidupan mereka yang perlu diikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin sama ada lelaki atau perempuan. Antara peraturan yang perlu diikuti oleh mereka ialah:
Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri.
Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.
Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.
Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.
BUDAYA MELANAU
PAKAIAN TRADISIONAL(LELAKI)
1)Pakaian lelaki Melanau dari satin berwarna gelap dipadankan dengan kain songket bunga tabur dan pakaian kepala sengkulon dari Jawa. 2)Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.
PAKAIAN TRADISIONAL(WANITA)
1)Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul.2) Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.