Sunday, 14 December 2014

KAUM BAJAU

Kebiasaanya, apabila disebut suku kaum Bajau, kita akan segera terbayang bahawa sukubangsa peribumi yang mendiami kepulauan Filipina Selatan dan Sabah. Sebenarnya suku kaum Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk awal Nusantara yang menetap dari kepulauan Belau(PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar(Burma) di utara.

Selain itu, terdapat pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor.Ada juga yang mengatakan bahawa Bajau berasal dari kepulauan Riau –Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluki. Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau- Lingga atau Maluku, kawasan- kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang bergerak dari Yunan menuju kearah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500tahun sebelum masehi iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.

Oleh kerana itu, walaupun terdapat banyak pendapat yang mengkaji tetang kedatangan awal kaum Bajau ini, kini suku kaum Bajau telah berkembang dan telah menjadi suku kaum antara yang terpesar populasinya di Sabah.Suku kaum Bajau juga telah dikenali oleh masyarakat luar tentang kebudayaannya, adat yang ada pada suku kaum Bajau selain dari segi struktur masyarakatnya.
SUMBER : http://fendyridzuan.blogspot.com/2013/04/bajau-sabah.html

No comments:

Post a Comment